PERMAINAN TRADISIONAL
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah Congkak menggunakan biji getah atau guli. Di Asia Tenggara, Congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "Congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Di Kepulauan Caribbean Congkak dikenali sebagai Warri atau Awari. Di Indonesia, Congkak dikenali dengan nama Congklak, manakala di Filipina, Sungka. Dalam permainan Congkak, terdapat dua bahan iaitu Papan Congkak dan Buah Congkak. Papan Congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kamp...
Ulasan
Catat Ulasan